Tazkirah Umum HIKMAH

Alhamdulillah telah berlangsungnya sesi Tazkirah HIKMAH secara 'online' di aplikasi 'Google Meet' sebentar tadi. Pada hari ini kita tampilkan Ustaz Dr Hj Syed Abdul Aziz bin Temenggung Datuk Hj Wan Hamid Edruce (Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH) yang membicarakan kupasan bertajuk "Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan". Moderator pada pagi ini bersama dengan Ustaz Haji Ariffin bin Haji Sabli (Penolong Pengurus Dakwah HIKMAH). Turut serta pada sesi kali ini Yabhg Tan Sri Datuk Amar Dr Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Yang Dipertua HIKMAH), Ahli-ahli Majlis Tertinggi HIKMAH, Warga HIKMAH serta masyarakat umum yang mengikuti program ini secara siaran langsung. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada yang hadir pada pagi ini. Semoga dengan kupasan yang dikongsikan sebentar tadi menjadi pengajaran dan juga panduan buat kita semua, inshaAllah.

Jazaakumullahu Khayr

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024