Kembara HIKMAH 50

Bersempena dengan  Perayaan Sambutan 50 Tahun BINA-HIKMAH. HIKMAH mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Kembara HIKMAH 50. Antara tujuan Kembara HIKMAH ini dilaksanakakan adalah untuk:

1)Sebagai medium untuk mempromosikan Sambutan Ulang Tahun Ke 50 BINA-HIKMAH.

2)Memupuk budaya penyayang melalui aktiviti sukarelawan

3)Menggerakkan golongan belia dalam masyarakat setempat dengan lebih aktif

4)Mempereratkan lagi ukhwah sesama belia dan masyarakat setempat

5)Membangun potensi dan kepimpinan belia yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah

6)Memupuk semangat sukarelawan dikalangan belia sambil beribadah

7)Menggalakkan kolaborasi pelbagai agensi


KEMBARA HIKMAH 50 akan bermula pada 17 Mac 2019 dan akan menjelajah ke seluruh Sarawak bermula dari Lawas hinggalah ke Kuching. Progra, ini akan berakhir pada 7 April 2019.  Laluan KEmbara HIKMAH 50 adalah seperti berikut:

BIL

TARIKH



1.

17/3/2019: Lawas -  Limbang – Miri



2.

18/3/2019: Miri – Bintulu



3.

19/3/201: Bintulu – Mukah – Sibu


 

4.

20/3/2019: Sibu – Sarikei – Betong



5.

21/3/2019: Saratok – Sri Aman



6.

22/3/2019: Sri Aman – Serian



7.

6/4/201: Samarahan – Lundu


                                                              

8.

7/4/2019:  Lundu – Kuching


                                            

Antara pengisian Kembara HIKMAH ialah:

1)Ucapan pemimpin tempatan / VIP
2)Penyampaian titik sentuhan/sumbangan kepada golongan yang memerlukan (anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang miskin, mangsa bencana alam dll.)
3)Ziarah ke rumah golongan asnaf yang terpilih
4)Pengedaran brochure, pelekat kereta, bahan bacaan dan hebahan serta ”gift”
5)Ceramah Agama oleh Ustaz-ustaz tempatan / selebriti  berkisar dengan tajuk ” Anak kamek anak kitak”                       
6)Buka kaunter/booth pendaftaran keahlian baharu HIKMAH
7)Bacaan Yaasin/tahlil – di setiap hentian Cawangan


Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2020