Majlis Suai Kenal bersama Pengurusan HIKMAH Pelajar Baru Sesi 2019 - 2020 Pusat Latihan Dakwah HIKMAH

Seramai 20 orang pelajar baru sesi 2019 - 2020 telah hadir pada sesi ini yang diadakan di Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak. Pada perjumpaan ini, turut diadakan sesi pengenalan dan juga sesi soal jawab di antara pelajar dan juga pihak pengurusan yang dikendalikan oleh Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi selaku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Sarawak. Turut serta di dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Prof. Dr Haji Abang Ahmad Ridzuan Bin Haji Abang Awit Pengurus Pendidikan HIKMAH dan Dr Abang Ishar Bin Abang Yaman selaku Pemangku Pegawai Pendidikan HIKMAH.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2019