Perhimpunan Warga Agensi-Agensi Majlis Islam Sarawak

Kakitangan HIKMAH Sarawak menghadiri perhimpunan warga Agensi-Agensi Islam Sarawak bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak yang bertempat di Dewan Majma Kuching. Ini adalah kali pertama perhimpunan diadakan. Pada sesi dialog bersama warga agensi, Ketua Menteri turut menerangkan polisi kerajaan, perancangan dan perlaksanaan tindakan di dalam memperkasakan agensi-agensi islam. Yang Amat Berhormat juga menegaskan kepada semua untuk menjaga dengan baik agama islam dan juga memastikan perpaduan di antara kaum, agama, bangsa dan juga menghormati adat sesama rakyat di negeri ini.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024