MAJLIS LAWATAN SILATURAHIM PERKIM KE IBU PEJABAT HIKMAH

Kuching, 19 Ogos 2019 - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak
telah mengadakan Lawatan Silaturahim ke Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak hari ini.

Lawatan tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Dato Hajah Hanifah Hajar Taib-Alsree selaku Pengerusi PERKIM Bahagian Sarawak, beliau turut diiringi Yang Berbahagia Dato Sri Hajah Feona Norjanah Wan Junaidi, Timbalan Pengerusi PERKIM serta ahli-ahli jawatankuasa dan kakitangan PERKIM.

Ketibaan rombongan PERKIM disambut oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Hayati Ahmat selaku Naib Yang Dipertua HIKMAH 
serta diiringi Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Sarawak. Lawatan tersebut diadakan 
adalah untuk membincangkan kerjasama di antara HIKMAH - PERKIM di dalam aktiviti dakwah, pendidikan dan juga kemasyarakatan.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Haji Fadzli Kipali, diikuti dengan ucapan aluan oleh Naib Yang Dipertua HIKMAH dan ucapan daripada Pengerusi PERKIM Bahagian Sarawak. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai dan juga Ketua unit HIKMAH.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024