Lawatan Rombongan Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz

Batu 24 Serian, 27 September 2019 - Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak. Di dalam pada itu juga, rombongan juga membuat lawatan ke Pusat Latihan Dakwah HIKMAH yang bertempat di Batu 24 Serian hari ini. Seramai 61 pelajar serta 13 guru pengiring yang menyertai lawatan tersebut. Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai HIKMAH dan juga mengenai aktiviti dakwah yang dilaksanakan di Sarawak secara amnya yang disampaikan oleh Ustaz Arifin Sebli, Pegawai Penyelidik HIKMAH dan juga Ustaz Mustajab selaku Pensyarah PLD. Sebelum majlis berakhir, Ucapan balas daripada wakil rombongan, Ustaz Mohd Haniff Bin Amri selaku Pemangku Pengetua Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz.

-Media HIKMAH-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024