Kunjungan Hormat ke Sambas, Indonesia

SAMBAS, INDONESIA - 

Kunjungan hormat balas ke Istitut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiuddin Sambas diikuti dengan kunjungan hormat ke atas Bupati Kabupaten Sambas, Indonesia, pada 1 Disember hingga 2 Disember 2019. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan talian silaturrahim dan juga memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

Setibanya rombongan HIKMAH ke Sambas, rombongan disambut mesra oleh Pemerintah Kabupaten Sambas, H. Atbah Romin Suhaili serta Dr. H. Jamiat Akadol, M.Si., M.H selaku Rektor IAIS Sambas, Indonesia.

Rombongan pihak HIKMAH diketuai oleh Ybhg. Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH), Tuan Haji Idris bin Ahmad (Pengurus Sektor Dakwah HIKMAH), diiringi oleh Encik Mohd Sapian bin Abang Daud (Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH) serta Tuan Haji Rosli bin Talib (CEO PDC Travels SDN BHD).

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2020