Mesyuarat Agung PERKIM Kali Ke-58

PETALING JAYA, SELANGOR - Mesyuarat Agung PERKIM Kali Ke-58 pada 29 - 30 November 2019. HIKMAH diwakili oleh Y.Bhg Toh Puan Hajah Hayati Ahmat, Encik Hasshahari Johari Mawi (Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM), Puan Raihan Haji Usop, Setiausaha Perhubungan HIKMAH, Saudara Jemain Kassim, Ahli Majlis Tertinggi, Saudara Abang Sharol dan Puan Farwina Faroque, AJK HIKMAH Wilayah Persekutuan, pada sesi kali ini, Perwakilan daripada HIKMAH, Puan Raihan telah memberi ucapan pada Mesyuarat Agung PERKIM ke-58 kali ini.

Memetik ucapan Puan Raihan pada mesyuarat agung kali ini, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak PERKIM di atas kerjasama yang erat dengan HIKMAH selama ini sama ada di dalam aktiviti - aktiviti dakwah yang dijalankan oleh pihak PERKIM. Dalam pada yang sama juga beliau mengalu-alukan cadangan dan usul pada mesyuarat Agung Tahunan Perkim kali ini iaitu untuk menandatangani memorandum persefahaman bersama (MOU) yang baharu dengan badan - badan gabungan yang sedia ada termasuklah organisasi HIKMAH. Dengan termetrainya MOU tersebut adalah diharap dalam setiap niat dan cara agar objektif persefahaman akan dapat mengukuhkan lagi talian persaudaraan, Ukhuwwah dan kerjasama di antara pihak PERKIM dan HIKMAH

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2020