Program Sarawak Women X: Global Innovative Entrepreneurship

KUCHING 7 Mac 2020 - YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak dan juga YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak telah menyempurnakan Program Sarawak Women X: Global Innovative Entrepreneurship.

Program tersebut adalah untuk menyatukan pelbagai usaha yang ada di Sarawak dengan berkongsi cara terbaik dari pelbagai badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan bagi mengukuhkan lagi sokongan untuk keusahawanan wanita. Program tersebut juga diadakan sempena Hari Wanita Sedunia.

Para penganjur program tersebut ialah Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Sarawak Multimedia Authority (SMA), dan SOCOE. Pihak Hikmah telah dijemput untuk memeriahkan lagi Program Sarawak Women X: Global Innovative Entrepreneurship.

Pihak Hikmah mengucapkan Terima Kasih dan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di seluruh dunia.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024