Majlis Pelancaran Wawasan Ummah Gemilang MIS Tahun 2020 - 2030

KUCHING 4 Mac 2020 - YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Wawasan Ummah Gemilang MIS Tahun 2020 - 2030

Di dalam ucapan perasmian, YAB Ketua Menteri menyarankan semua umat Islam khasnya di Sarawak ini berusaha untuk meningkatkan tahap pendidikan bagi setiap umat islam agar lebih berintegriti dan berwawasan. Dalam pada itu juga, YAB Ketua Menteri berhasrat Umat Islam bersama-sama masyarakat yang bukan beragama Islam agar berganding bahu untuk menjayakan hasrat kerajaan mencapai Sarawak Maju Tahun 2030

Pada majlis pelancaran ini juga pihak HIKMAH Sarawak juga menyertai pameran yang diadakan di luar dewan kompleks Islam tersebut bersama-sama dengan pelbagai agensi-agensi lain yang bertujuan untuk memperkenalkan dan juga memberi pendedahan mengenai peranan agensi masing-masing kepada masyarakat dan juga hubungan dua hala masyarakat dengan agensi berkaitan.

Turut hadir pada majlis tersebut, Datuk Amar Awang Asfia bin Awang Nassar, YB Datuk Haji Talip Zulpilip, YB Datuk Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Seri Haji Abu Bakar Bin Marzuki dan jemputan-jemputan kenamaan.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2020