COVID-19 : Bantuan Kemanusiaan

MIRI 27 Mac 2020 - Pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua rakyat seluruh Malaysia pada 18 Mac lalu. Sehubung demikian, kesemua rakyat dinasihatkan untuk berada di dalam rumah sepanjang perintah kawalan ini. Namun demikian bagi sesetengah masyarakat kita yang kurang bernasib baik yang hanya menjalankan aktiviti berniaga kecil-kecilan ataupun melakukan kerja kampung, pendapatan mereka turut terjejas akibat wabak ini.

Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH yang diwakili oleh Puan Raihan Binti Usop (Setiausaha Perhubungan HIKMAH) bersama dengan Encik Jamain Bin Kassim dan turut disertai oleh HIKMAH cawangan Miri telah turut serta di dalam penyerahan "Pack food" sumbangan pihak Baitulmal kepada beberapa keluarga bagi meringankan beban mereka sepanjang menghadapi krisis Covid-19 ini.

Turut serta di dalam bantuan kemanusiaan ini beberapa agensi Islam Sarawak termasuklah pihak HIKMAH Sarawak. 


-HIKMAH Media-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2020