Berita Baik untuk pelajar lepasan SPM

KUCHING: Pusat Latihan Dakwah HIKMAH kini membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Asas Dakwah dan Bahasa Arab bagi sesi Jun 2020. Pemohon kini boleh mengemukakan permohonan melalui atas talian sahaja bagi memudahkan urusan permohonan. Borang permohonan kemasukan PLD boleh diisi secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/5W7xy2DgxYu5FJZ36 ataupun anda boleh mengimbas 'QR CODE' seperti yang tertera. Berikut adalah syarat kelayakan.

1. Lelaki & wanita yang berumur di antara 18 - 21 tahun (warga tempatan Sarawak)

2. Keputusan SPM 5 Kredit (termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan 3 subjek lain)

3. Calon STPM / STAM adalah digalakkan untuk memohon.

4. Fasih membaca Al-Quran.

5. Mempunyai minat di dalam bidang dakwah.

6. Berdisiplin dan bersemangat tinggi.

7. Sihat tubuh badan.

8. Bersedia untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian seperti tertera di bawah;

Pejabat PLD: 082 252201 

Puan Elsa: 0113 3646389 

Ibu Pejabat : 082 443993 

Puan Siti Madinah: 019-8865517 

Cik Fazilla: 016-7716316 

email: pld.hikmah@gmail.com

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024