MERDEKA DI DALAM NORMA BAHARU


KUCHING: Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH Kuching, telah mengadakan perayaan sambutan kemerdekaan bersama dengan para anak tahfiz pada hari ini. Sambutan tersebut telah diadakan secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ekoran wabak COVID-19 yang melanda negara ini.

Acara sambutan telah dimulakan dengan ucapan Mudir SRT, Cikgu Mohd Sepian bin Abang Daud. Acara ini juga diserikan dengan pelbagai acara sampingan seperti pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam dan juga pertandingan kelas tercantik di antara kelas-kelas SRT. Menurut Mudir, objektif penganjuran majls sambutan kemerdekaan peringkat sekolah ini adalah untuk mendedahkan dan menerapkan semangat patriotik di kalangan anak-anak tahfiz dan juga memupuk semangat cintakan negara di dalam diri mereka.

Pada sambutan kali ini juga turut dihadir kakitangan sekolah dan juga kakitangan Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2020