Misi Bantuan COVID-19 - Kampung Haji Baki

KUCHING- Misi menghantar bantuan barangan keperluan harian kepada warga Kampung Hj Baki yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Bantuan berupa barangan keperluan asas telah disampaikan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak yang bertempat di Pusat Operasi tersebut. Sebanyak 200 pek barangan keperluan asas telah diagihkan pada hari ini. Menurut Pegawai JKM yang menyelaras koordinasi agihan sumbangan, terdapat sekitar 600 lebih buah rumah yang terdapat di kawasan perkampungan tersebut dan ia memerlukan perancangan yang rapi untuk proses agihan. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telak dikuatkuasakan di Kampung Haji Baki bermula dari 28 Oktober 2020 sehingga 11 November 2020 ekoran daripada terdapat kes positif Covid-19 yang dilaporkan pada 18 Oktober 2020 lepas. 

 Turut hadir sama menyampaikan bantuan ini, Puan Hamisah Bohari (Eksekutif Kanan Pentadbiran & Sumber Manusia HIKMAH), Ust Ariffin (Pegawai Penyelidik HIKMAH) serta dibantu oleh kakitangan Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024