Konvensyen Kepimpinan Majlis Ta'alim

KUCHING: Majlis Penutupan Rasmi Konvensyen Kepimpinan Majlis Ta'alim telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Toh Puan Hajjah Hayati Binti Haji Ahmat, Naib Yang Dipertua HIKMAH merangkap Pengerusi HELWA HIKMAH pada hari ini. Konvensyen tersebut telah berlangsung selama dua hari yang bermula dari 28 hingga 29 Disember 2020 bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kuching. Sebanyak 17 buah Majlis Ta'alim yang terdiri daripada 34 orang peserta menyertai program ini. 

Memetik ucapan penutupan rasmi Y.A.Bhg. Toh Puan, para peserta haruslah memahami perlaksanaan sesebuah organisasi dakwah yang mempunyai peranan serta dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berusaha keras dalam memastikan dakwah dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Di samping itu disiplin yang baik dan kepimpinan yang berhemah di kalangan pemimpin setiap organisasi mencerminkan identiti sebuah institusi dan juga memberi gambaran kepada masyarakat sekeliling.

Turut hadir sama pada majlis penutupan rasmi ini, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi serta Ust Haji Idris bin Haji Ahmad, Pengurus Sektor Dakwah HIKMAH dan Ahli-Ahli Jawatankuasa HELWA HIKMAH.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024