Program Gotong-royong Pasca Banjir

Serian: Sukarelawan HIKMAH Sarawak berkolaborasi bersama beberapa buah NGO dan beberapa buah badan amal telah berganding bahu didalam program gotong-royong pada 14 Februari 2021 hari Ahad bersamaan (2 Rejab 1442H) di Kampung Sorak Melayu, Serian. Turut bersama di dalam program, Yang Berhormat John Elus (YB ADUN Bukit Semuja N23), Tuann Haji Alwi Bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH) , Ustaz Hj Ariffin (Penolong Pengurus Dakwah HIKMAH), Mudir Mohd Sepian (Mudir Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH ) serta beberapa orang wakil dari badan-badan amal. Semoga segala tenaga usaha sumbangan serta pembersihan dilakukan oleh para sukarelawan semua dapat mengeratkan ukhuwah antara NGO serta dapat meringankan sedikit mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut, InshaAllah.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2021