Misi Bantuan COVID-19 2021

Kuching: Hasil sumbangan orang ramai, Ibu Pejabat HIKMAH hari ini yang diwakili En Dalahan Bin Hj Fadil (AJK HIKMAH Samarahan) telah menyerahkan sumbangan bantuan 61 pax susu kanak-kanak & 55 pampers kanak-kanak serta tambahan 3 pampers dewasa melalui wakil Jabatan Kebajikan Kemasyarakatan Sarawak, Pn Surayati Bt Yusuf kepada 57 penerima yang memerlukan di Kampung Empila Hilir yang terkesan dengan penutupan kampung (lock down) akibat penularan kes COVID-19 dikampung tersebut.

HIKMAH berterima kasih kepada penyumbang2 dan masih mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak yang prihatin untuk menyumbang bagi pembelian keperluan dapur, Susu dan Pampers Bayi di kampung2 yang masih terkena PKPD. Mereka amat memerlukan kerana tidak dibenarkan untuk keluar ke bandar2 terdekat untuk membeli keperluan tersebut dan ada di kalangan ibu bapa yang putus sumber pendapatan akibat halangan bekerja semasa PKPD.

Hulurkan sumbangan anda ke akaun yang dinyatakan di bawah:

📌Bank Islam: 11013010008020  ðŸ“ŒTabungLockdownHIKMAH

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi / Whatsapp:
📱016 8599975 (Puan Hamisah)
📱013 8277006 (Encik Mohd Azizul)

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024