Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Dakwah HIKMAH Sesi 2016 - 2019

Petra Jaya, Kuching 31 Julai 2019 - Seramai 70 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Dakwah HIKMAH yang diadakan 
di Dewan HIKMAH Petra Jaya hari ini.

Yang Dipertua HIKMAH, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain telah merasmikan majlis konvokesyen dan seramai 68 graduan menerima sijil 
pada majlis tersebut.

Pada majlis itu juga, HIKMAH turut menyampaikan Anugerah Yang Dipertua kepada 8 graduan yang telah memperoleh prestasi yang cemerlang sepanjang
sesi 2015 hingga sesi 2019.

Turut disampaikan pada majlis tersebut, ialah penyampaian surat tawaran kepada pelajar tajaan HIKMAH untuk melanjutkan pelajaran 
Uin Sunan Gunung Djati, diikuti pelajar ke Uin Antasari, Banjarmasin.

Turut hadir ke majlis Konvokesyen tersebut ialah Toh Puan Hayati Ahmat selaku Naib Yang Dipertua HIKMAH 
dan Yang Berbahagia Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Timbalan Yang Dipertua HIKMAH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan HIKMAH.

-Media HIKMAH-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024