Konvensyen Majlis Ta’lim Wanita Saudara Kita
Konvensyen Majlis Ta’lim Wanita Saudara Kita merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh HELWA HIKMAH bagi mengumpul semua AJK Majlis Ta’lim Saudara Kita yang ada di pedalaman. Majlis Ta’lim Wanita merupaka suatu kumpulan kecil yang dianggotai oleh para wanita saudara kita di perkampungan-perkampungan yang disantuni oleh HIKMAH. Kumpulan wanita ini melakasanakan program bersama-sama di setiap hujung minggu. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
   •  Kursus asas kefahaman Islam
   •  Kursus Mengaji Iqra/Al Quran
   •  Kelas Kompang
   •  Kursus Membuat Kerepek/Kuih Tradisional
   •  Kelas Masakan
   •  Kelas jahitan
   •  Kelas Urutan Tradisional
   •  Dan sebagainya
Setiap hujung tahun, AJK yang terlibat dalam Majlis Ta’lim ini akan dijemput untuk menghadiri Konvensyen Majlis Ta’lim Wanita Saudara. Pelbagai pengisian dilaksanakan untuk para pemimpin wanita-wanita saudara kita ini, antaranya ialah
   •  Kursus kefahaman Islam – Ceramah berkaitan Fiqh Wanita
   •  Bengkel Pengetahuan Al Quran
   •  Bengkel Membuat Kek/Coklat/Mee Kuning/Kerepek
   •  Ceramah Motivasi Kepimpinan
   •  Qiyamulail
   •  Pembentangan laporan aktiviti Majlis Ta’lim sepanjang tahun
   •  Pelan Strategik untuk tahun seterusnya
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024