Kursus Intensif Islam (INTI)
Kursus ini adalah lanjutan dari program Khemah Ibadah 2012 yang lalu. Peserta-peserta yang terpilih dari kalangan mereka yang telah menyertai program Khemah Ibadah yang lalu, akan diserap masuk untuk menghadiri program INTI 1-2012 ini. Mereka akan didedahkan dengan ilmu-ilmu agama yang bersesuain mengikut tahap tahap dan peringkat yang telah digariskan oleh pihak HIKMAH supaya mereka lebih memahami Islam itu dengan lebih mantap secara berperingkat.
TUJUAN
Membentuk generasi yang mampu memimpin dan di pimpin di kalangan remaja serta memberikan pendedahan tentang tanggung jawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara seiring dengan konsep Islam.
Objektif
   •  Memberi latihan kepada peserta untuk memimpin dan sedia dipimpin di kalangan peserta.
   •  Memberi kefahaman terhadap pengurusan kepimpinan dalam peringkat menuju pra dewasa.
   •  Melahirkan generasi Islam yang beriman,berilmu dan beramal saleh
   •  Mendidik generasi Islam yang hidup berdikari dan berwawasan
   •  Merapatkan silaturahim antara peserta dan memupuk semangat perpaduan.
Tempoh:
2 hari 1 malam
Sasaran Peserta
Pelajar Tingkatan 1-5 yang telah mengikuti Program Khemah Ibadah
Kaedah Pelaksanaan
   •  Ceramah Interaktif
   •  Latihan Dalam Kumpulan
   •  Explorace
   •  Qiyamulail
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024