Pengenalan
Wanita merupakan tonggak pembangunan sesebuah bangsa. Dari seorang wanitalah lahir seorang pemimpin, dari seorang wanita jugalah lahir seorang pakar ekonomi , doktor dan sebagainya. Kejayaan demi kejayaan sesebuah keluarga, masyarakat, negara dan bangsa, sebenarnya bermula dari seorang wanita yang mana terdidik dengan sifat-sifat keibuan yang terserlah. Oleh yang demikian, unit Hal Ehwal Wanita (HELWA) HIKMAH menyusun satu program khas untuk wanita agar peranan wanita dapat diketengahkan di mata masyarakat sesuai dengan firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 32:
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian yang lain. (Kerana ) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakan , dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Dalam ayat tersebut, Allah sudah pun menyatakan sebenarnya wanita pun mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya kepada agama itu sendiri. Oleh yang demikian program Kem Wanita Solehah (KWS) dilaksanakan bagi menyahut seruan Allah dalam ayat yang dinyatakan tadi.
Tujuan
Menyerlahkan peranan wanita di mata masyarakat yang dapat menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Objektif
  1. Memperkenalkan peranan HIKMAH/Helwa kepada golongan wanita
  2. Mendidik wanita tentang peranan mereka sebagai wanita solehah.
  3. Melahirkan penggerak dari kalangan wanita untuk membantu program dakwah HIKMAH
Tempoh
1 hari
Masa
8:00 pagi – 5:00 petang
Di harapkan agar penganjuran Kem Wanita Solehah (KWS) ini dapat mencapai objektif utama dan menjadi landasan untuk wanita diluar sana bergiat aktif dalam memajukan diri dan seterusnya dalam memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan diri sebagai hamba Allah, pembangunan diri sebagai ibu yang mendidik anak-anak yang soleh, sebagai isteri untuk menjadi tulang belakang kejayaan suami dan juga sebagai salah seorang ahli masyarakat yang dapat memajukan masyarakat setempat, bangsa dan seterusya kepada agama. Dalam peribahasa Melayu ada mengatakan, tangan yang menghayun buaian tidak mustahil bakal menggoncang dunia, InsyaAllah dengan kerjasama dari semua pihak, peribahasa ini bukanlah sekadar igauan semata tetapi realiti yang akan menaikkan nama wanita di persada dunia.
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024