Program Khemah Ibadah
Remaja merupakan aset kepada gerakan belia, mereka adalah pewaris kepimpinan negara. Sehubungan itu, pengemblengan tenaga remaja wajar diberi perhatian, dan diuruskan dengan bijaksana. Selain itu, remaja dan belia juga perlu diberi kefahaman dan fikrah Islamiyyah agar mereka tidak terpesong dari jalan yang digariskan Al Quran dan As Sunnah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al Quran
“Sesungguhnya ini jalanku yang lurus, sebab itu kamu turutlah jalanku itu dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, nanti bercerai-berai kamu dari jalan-Nya. Demikianlah allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Surah al An’aam:153) Atas dasar ini, program ini dirangka untuk menyatukan satu matlamat, satu fikrah dan satu wawasan kedalam minda para pelajar sekolah dan remaja agar benar-benar memahami fungsi dan cabaran mereka di dalam masyarakat setempat khususnya dan negara secara am nya. Objektif :
   •  Memperkenalkan HIKMAH dan Dakwah HIKMAH
   •  Memberi asas kesedaran kefahaman Islam
   •  Melahirkan generasi Islam yang beriman,berilmu dan beramal saleh
   •  Mendidik generasi Islam yang hidup berdikari dan berwawasan
   •  Merapatkan silaturahim antara peserta dan memupuk semangat kerjasama melalui KELAB REMAJA HIKMAH.
Tempoh:
2 hari 1 malam
Sasaran Peserta
Pelajar Tingkatan 1 -5
Kaedah Pelaksanaan
   •  Ceramah Interaktif
   •  Latihan Dalam Kumpulan
   •  Explorace
   •  Qiyamulail
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024