Ziarah Dakwah
Dalam usaha untuk menyantuni golongan saudara kita terutamanya di pedalaman, HIKMAH berusaha melaksanakan aktiviti antaranya Ziarah Dakwah, Ziarah Duafa dan Ziarah Prihatin. Usaha ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mendekati golongan saudara kita sekaligus menyampaikan dakwah kepada mereka dengan harapan agar kefahaman Islam dikalangan mereka dapat ditingkatkan.
Para Pegawai Dakwah serta Daie HIKMAH yang terlibat berkesempatan untuk memberi bimbingan fardhu ain terutamanya berkaitan dengan ibadah solat agar mereka sentiasa mendirikan fardhu yang wajib ini lima waktu sehari semalam serta ditambah dengan ibadah sunat yang lain.
Selain daripada itu, HIKMAH juga turut memberi sumbangan kepada golongan saudara kita yang dhaif melalui Ziarah Duafa. Sedikit sumbangan berupa keperluan dapur dihulurkan dalam meringankan bebanan mereka. Para Pegawai Dakwah dan Daie HIKMAH juga mengambil maklumat-maklumat berkaitan seperti keperluan pendidikan, ekonomi dan sebagainya dan dimajukan kepada pihak/ agensi yang berkaitan seperti pihak Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan dan Masyarakat dan lain-lain sekiranya perlu.
Melalui Ziarah Prihatin pula, HIKMAH juga memberi sumbangan keperluan sekiranya mereka terlibat dalam musibah seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Sedikit sebanyak mereka dapat dibantu. Dengan sokongan daripada Jabatan dan Agensi lain, usaha ini dapatlah dilaksanakan dengan jayanya.
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024