Program Penggerak Dakwah HIKMAH
Kursus Penggerak Dakwah merupakan sebuah program teras unit Kemasyarakatan HIKMAH. KursusPenggerak Dakwah ini sudah mula diadakan sejak tahun 2014 di cawangan HIKMAH seluruh Sarawak.
Antara objektif utama kursus ini diadakan dan dijadikan program utama Unit Kemasyarakatan ialah:
  •  Memperkenalkan kepada masyarakat tentang HIKMAH
  •  Menerangkan fungsinya serta aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan oleh HIKMAH.
  •  Mengembeling tenaga sukarelawan dikalangan anggota masyarakat untuk bersama-sama menjayakan      dakwah melalui HIKMAH.
Sasaran Peserta:
  •  Ahli HIKMAH seluruh cawangan
  •  masyarakat umum khususnya kepada AJK Masjid dan Surau,
  •  ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kampung dan sebagainya.
Ini adalah untuk mengajak semua para pemimpin masyarakat ini sama-sama untuk menghayati kepentingan dakwah khususnya untuk masyarakat Islam di Sarawak ini. Justeru itu, dapatlah mereka sama-sama bersatu hati dan tenaga untuk sama-sama membantu HIKMAH sebagai sukarelawan HIKAMH dalam menggerakkan aktiviti dakwahnya.
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024