Pusat Bimbingan Wanita Nur HIKMAH
Pengenalan
Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses membantu individu bagi memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajipan bagi kita untuk mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Dengan cara ini diharapkan akan dapat membantu wanita khususnya untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul. Penubuhan Pusat Bimbingan Wanita Nur Hikmah di bawah kelolaan Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA) HIKMAH dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak adalah bertujuan bagi membantu wanita untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkesan dengan dipandu oleh para kaunselor yang terlatih.
Objektif
   •  Memberikan perkhidmatan kaunseling.
   •  Mengenalpasti isu yang dihadapi oleh wanita.
   •  Memberi bimbingan serta moral kepada golongan sasaran menjalani kehidupan seharian.
Aktiviti
   •  Sesi kaunseling individu.
   •  Sesi Kaunseling Kelompok.
   •  Aktiviti Bimbing.
Lokasi:
Tingkat 3 Lot 5594 Block 9, Salak Land District, Bandar Baru Samariang, 93050 KuchingSarawak (Bangunan Wakaf Tabung Baitulmal Sarawak)
No Telefon: 082 – 312 820
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024