Kursus Kepimpinan Islam
Kursus ini adalah lanjutan dari program INTI yang lalu. Peserta-peserta yang terpilih dari kalangan mereka yang telah menyertai program Khemah Ibadah dan INTI yang lalu, akan diserap masuk untuk menghadiri program ini. Mereka akan didedahkan dengan ilmu-ilmu agama yang bersesuaian mengikut tahap tahap dan peringkat yang telah digariskan oleh pihak HIKMAH supaya mereka lebih memahami Islam itu dengan lebih mantap secara berperingkat.
TUJUAN
Membentuk generasi yang mampu memimpin dan di pimpin di kalangan remaja belia serta memberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara seiring dengan konsep Islam.
OBJEKTIF
   1.;  Membentuk generasi yang mampu memimpin dan di pimpin di kalangan remaja belia serta memberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara seiring dengan konsep Islam.
   2.;  Kefahaman berkenaan Kesyumulan Islam dan Ghowulfikri
   3.;  Mendedahkan peserta terhadap konsep kepimpinan Islam
   4.;  Membantu membentuk ciri, watak dan budaya kepimpinan
   5.;  Membantu peserta memahami tugas asasi dan tanggungjawab kepimpinan Islam
   6.;  Merangsang semangat dan motivasi diri
Tempoh:
2 hari 1 malam
Sasaran Peserta
Pelajar Tingkatan 1-5 yang telah mengikuti Program Kursus Intensif Islam (INTI)
Kaedah Pelaksanaan
   •  Ceramah Interaktif
   •  Latihan Dalam Kumpulan
   •  Explorace
   •  Qiyamulail
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024